Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Terletak kira – kira 7km daripada Bandar Kuantan. Kawasan ini terletak dibahagian timur daerah kuantan. Jumlah penduduk di taman berjaya permai lebih kurang 19000 orang penduduk. Bentuk geografi yang berdekatan dengan pantai mempengaruhi aktiviti ekonomi penduduk setempat contohnya menjadikan pekerjaan sebagai nelayan sumber ekonomi keluarga. Perniagaan yang berasaskan hasil laut juga menjadi salah satu sumber pendapatan penduduk setempat. Taman berjaya permai juga dikatakan sebagai kawasan penempatan yang strategik kerana berdekatan dengan pelbagai kemudahan infrastruktur seperti sekolah rendah dan sekolah menengah, restoran, hospital swasta (DMMC dan KPJ), pasar kering dan pasar basah dan tempat beriadah iaitu pantai sepat.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017


'Digi Awareness Talk'

Aktiviti Terkini | 15 Disember 2016

Program CyberSAFE bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan pengguna ketika menggunakan internet....baca selanjutnya

PROGRAM INTERVERSI PEMERKAKASAN KELUARGA DAN KOMUNITI (FACE)

Aktiviti Terkini | 11 Disember 2016

Program Klik Dengan Bijak bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan menggunakan internet.....baca selanjutnya

Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.

Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 1 Malaysia (BKK1M) Peringkat Negeri Pahang

Aktiviti Terkini | 20 November 2016

Tujuan program ini adalah untuk mempromosikan PI1M, Kelas ICT, Kelas Keusahawanan,KDB, Mobile e-Waste dan lain-lain...baca selanjutnya

Karnival Amal Kesenian, Kebudayaan & Asas Tani

Aktiviti Terkini | 14 - 16 Oktober 2016

Karnival ini memberi peluang kepada pihak PI1M memperkenal dan mempromosikan PI1M disamping memberi pengetahuan kepada orang ramai untuk melupuskan barang-barang eletronik melalui program e-waste...baca selanjutnya

Digi Management team Visitation

Aktiviti Terkini | 4 Ogos 2016

Aktiviti ini bertujuan untuk memperkenalkan PI1M kepada masyarakat sekitar disamping mempromosikan aktiviti-aktiviti yang sering dijalankan oleh pihak PI1M...baca selanjutnya

Pertandingan Membuat Kad raya

Aktiviti Terkini | 28 Julai 2016

Pertandingan ini diadakan adalah untuk meningkatkan daya kreativiti dalam kalangan ahli-ahli PI1M Berjaya Permai. Pertandingan ini membolehkan mereka memberi kad raya kepada kawan-kawan sekali gus mengimbas kembali zaman dahulu yang popular dalam bertukar-tukar kad raya sebelum tiba hari raya...baca selanjutnya

PERTANDINGAN VIDEO KREATIF KESIHATAN REMAJA 2016

Berita Terkini

Untuk makluman, MCMC melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menganjurkan ‘Pertandingan Video Kreatif Kesihatan Remaja 2016’...baca selanjutnya

Jamuan berbuka puasa bersama penduduk setempat

Aktiviti Terkini | 25 Jun 2016

Jamuan ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk dengan pihak PI1M disamping membantu mereka dalam perlaksanaan aktiviti yang melibatkan penduduk setempat...baca selanjutnya

Hari Perasmian

Aktiviti Terkini | 23 April 2016

Tujuan program adalah untuk memperkenalkan fungsi & kemudahan yang disediakan. Selain itu, membuat kempen kesedaran ketika berada diatas talian (online)...baca selanjutnya

Program Latihan Staf PI1M (Penolong Pengurus)

Aktiviti Terkini | 23 - 24 Mac 2016

Program ini adalah bertujuan untuk melatih pengurus dan penolong pengurus yang baru dalam menguruskan PI1M. Program ini sangat penting bagi mereka kerana mereka dapat mempelajari dan mengetahui cara-cara pengurusan PI1M...baca selanjutnya

PAMERAN PI1M KDB DI HARI TERBUKA KEMAS

Aktiviti Terkini | 27 Februari 2016

PI1M Taman Berjaya Permai telah mengambil bahagian dalam pameran pada Hari Terbuka Kemas Parlimen Kuantan. Pameran ini juga disertai oleh beberapa PI1M lain. Pameran seperti ini dapat memperkenalkan PI1M kepada orang ramai...baca selanjutnya

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif

Berita Terkini

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif (#MYkif) merupakan sebuah platform untuk meggalakkan komuniti menghasilkan video dalam tutorial, panduan, tips, kaedah, cara penggunaan, petua, resipi atau lain-lain kandungan yang berkaitan. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua penduduk di komuniti Pusat Internet 1Malaysia (PI1M). Jangka masa (durasi) video penyertaan adalah tidak lebih daripada 5 minit.

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan PERCUMA

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang ramai boleh menghubungi PI1M berdekatan bagi mendapatkan maklumat lanjut dan urusan pendaftaran latihan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti